Di sebuah bilik kecil berwarna hijau yang dipenuhi dengan beberapa buah desktop pc, aku duduk berseorangan sambil jari-jemari aku menari-nari di permukaan keyboard menaip sesuatu...Duduk dalam suasana yang agak sejuk di luar dan di dalam bilik membuatkan aku agak menggigil...di hadapan aku terpapar laman web facebook yang aku sendiri pun tak pasti nak lihat apa lagi di dalam nya...telah berkali-kali aku view semua status yang tertera di situ tapi hanya beberapa saja yang menarik perhatian aku utk dibaca...
Di zaman sekarang...kita mudah nak meluahkan apa yang kita rasa...banyak cara yang kita boleh gunakan..ada yang meluahkan di FB..ada yang meluahkan pada buku..ada yang meluahkan pada blog seperti yang aku sedang lakukan ini..dan ada juga yang meluahkan apa yang kita rasa pada kawan/rakan/sahabat/keluarga/si dia...as long as kita selesa dgn dia n dia selesa dgn kita, kita luahkan segalanya pada mereka...
tapi itu lah..kadang-kadang, ada yang suka dengan cara kita...kadang-kadang ada yang bermuka-muka...kadang-kadang ada yang terpaksa...bagi aku itu semua memanglah hak individu tetapi sekiranya xsudi, berkatalah secara jujur....kononnya ingin menjaga hati kawan...tetapi sebenarnya xlah jaga sangat pun hati kawan tu...
itulah hakikat seorang manusia...terlalu ramai sangat yang suka bermuka-muka...kadang-kadang kita rasa dialah orang yang boleh dipercayai...dialah sahabat yang sentiasa memahami tapi rupanya bukan...manusia tu kan memang xsempurna, apa salah sekiranya kita saling bantu membantu n nasihat menasihati sesama sendiri...kalau rasa kawan kita xbetul tingkah lakunya tegurlah dia dan sebaliknya...dia nak terima atau tidak terpulang pada dia yang penting kita dah laksanakan apa yang patut...
kenapa seorang sahabat yang telah lama dikenali kadang kala sanggup mengkhianati kita, sanggup memperkecilkan kita atau sanggup mempergunakan kita??? adakah dia telah cukup sempurna sehingga kita dipandang hina di matanya??? adakah kerana ketika ini dia sedang gembira sedangkan kita sedang berduka??? terlalu banyak perkara yang sentiasa bermain di fikiran sehinggakan kadang-kadang xsanggup utk aku fikirkan....
alhamdu lillah...di saat ini aku sangat bersyukur dikurniakan rakan-rakan n sahabat yang sentiasa memahami dan bersama aku di kala aku susah dan senang....xkira apa jua keadaan yang sedang aku hadapi, ada saja yang sudi bersama aku dan menghulurkan bantuan, nasihat dan semangat...yang sudi menerima aku seadanya tanpa membezakan-bezakan diri setiap insan....bagi aku setiap yang mengenali aku adalah sahabat aku....xkiralah dia anggap aku sebagai apa sekalipun...aku doakan semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat insyaallah....
aku memohon ampun da maaf kerana telah banyak menyusahkan korang semua selama ini...dan terima kasih yang xterhingga pada semua kerana sudi melayan aku dengan baik selama ini walaupun kadang-kadang mendapat layanan yang kasar dari aku....
aku masih seperti dulu...
serupa tetapi mungkin tidak sama....
sekian.............................
:: aku adalah aku ::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-


