Pages

Tuesday, December 20, 2011

I'm Sorry......



::aku adalah aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Thursday, December 15, 2011

Gigi + Tulang = Sihat ----->Susu

Salam...hah. hari ni aku nak kongsi skit maklumat pasal sus ngan lu orang....baca jangan xbaca pulak ek...huhu


Dalam menu sihat dikenal istilah "empat sihat lima sempurna". Penyempurna ini adalah susu. Istilah ini tidak berlebihan kerana minuman putih bersih ini mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap berbanding minuman lain sehingga susu mempunyai banyak khasiat yang sangat bermanfaat bagi tubuh.

Susu biasanya dikenali sebagai minuman penguat tulang dan gigi kerana kandungan kalsium yang dimilikinya. Tetapi, sebenarnya ada banyak kandungan nutrisi yang ada, misalnya fosfor, zinc, vitamin A, vitamin D, vitamin B12, vitamin B2, asid amino dan asid pantotenat. Tentu kandungan nutrisi ini bermanfaat untuk menguatkan kesihatan tubuh anda.
Manfaat Susu

Kerana memiliki kandungan nutrisi tersebut, maka susu memiliki manfaat yang tidak sedikit, di antaranya:

  • Mencegah osteoporosis dan menjaga tulang tetap kuat. Bagi anak-anak, susu berfungsi untuk pertumbuhan tulang yang membuat anak menjadi bertambah tinggi. 
  • Menurunkan tekanan darah. 
  • Mencegah kerosakan gigi dan menjaga kesihatan mulut. Susu mampu mengurangkan keasidan mulut, merangsang air liur, mengurangkan plak dan mencegah gigi berlubang. 
  • Menetralisir racun seperti logam atau timah yang mungkin terkandung dalam makanan. 
  • Mencegah terjadinya kanser kolon atau kanser usus. 
  • Mencegah diabetes jenis 2. 
  • Mempercantik kulit, membuatnya lebih bersinar. 
  • Membantu agar lebih cepat tidur. Hal ini kerana kandungan susu akan merangsang hormon melatonin yang akan membuat tubuh mengantuk. 

Jenis Susu

Jenis-jenis susu yang terdapat di pasaran juga bermacam-macam. Ada istilah-istilah yang dikatakan sebagai zat yang terkandung dalam susu yang mungkin belum anda ketahui. Beberapa istilah tersebut iaitu:

  • Full cream Mengandung 4% lemak dan umumnya banyak mengandung vitamin A dan vitamin D. 
  • Low fat Susu rendah lemak, kerana kandungan lemaknya hanya setengah dari susu full cream. 
  • Skim Susu yang kandungan lemaknya lebih sedikit lagi, kurang dari 1%. 
  • Susu evaporasi Iaitu susu yang telah diupkan sebahagian airnya sehingga menjadi kental. Mirip dengan susu kental manis, tetapi susu jenis ini rasanya tawar. 
  • Susu pasteur Susu yang melalui proses pasteurisais (dipanaskan) 65 ° hingga 80 ° C selama 15 saat untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit. 
  • Flavoured Sebenarnya susu full cream atau low fat yang ditambah rasa tertentu untuk variasi. Contohnya susu coklat, strawberry, pisang, dan rasa lain. Umumnya mempunyai kandungan gula yang lebih banyak kerana penambahan rasa ini. 
  • Calcium enriched Susu yang ditambah dengan kandungan kalsium dan kandungan lemaknya telah dikurangi. 
  • UHT Merupakan singkatan dari Ultra-High Temperature-Treated. Susu jenis ini adalah susu yang dipanaskan dalam suhu yang tinggi (140 ° C) selama 2 saat yang kemudian terus dimasukkan ke dalam karton kedap udara. Susu ini boleh disimpan untuk masa yang lama. 
  • CLA Susu ini bermanfaat bagi orang yang ingin merampingkan tubuh. Kepanjangan dari CLA adalah Conjugated Linoleic Acid yang akan membantu dalam pembentukan otot dan mempercepatkan pembakaran lemak. 

Mengapa Minum Susu?

Walaupun mempunyai banyak manfaat, tetapi banyak orang yang enggan minum susu. Salah satu alasan yang sering dikemukan adalah mahalnya harga susu.Untuk harga susu, sebenarnya ada banyak susu yang harganya telah disesuaikan.Dan mengingat banyak nutrisi yang dikandungnya, maka yang diperlukan adalah menanamkan kesedaran akan manfaat susu agar masyarakat dapat mengambil dan tidak menganggapnya sebagai barang mahal.
Alasan lain adalah tidak suka minum susu kerana membuat mual atau sakit perut sehabis minum susu. Apabila anda merasa sakit perut selepas minum susu, bererti anda menderita intoleransi laktosa. Penyebabnya kerana kurangnya pengeluaran laktase dalam tubuh. Laktase adalah enzim yang dihasilkan usus kecil yang berfungsi memecah laktosa yang terkandung dalam susu agar dapat diserap oleh badan. Tetapi bagi pesakit intoleransi laktosa, proses pemecahan laktosa tidak berlangsung sempurna sehingga laktosa yang tidak tercena akan masuk dalam usus besar dan dicerna oleh bakteria yang ada di dalamnya sehingga menyebabkan perut kembung, mengandungi banyak gas, dan diare.
Sebagai penyelesaian dari perasaan mual atau sakit perut, anda boleh menukar susu dengan produk olahan susu seperti keju, yoghurt, ais krim, susu evaporasi atau susu soya yang tidak mengandungi laktosa. Beberapa pengeluar susu juga telah membuat susu tanpa laktosa yang dapat diambil oleh pendeita "intoleransi laktosa".
Apabila anda hendak mengambil susu, sebaiknya anda tidak menggunakan susu pekat manis kerana susu jenis ini kandungan nutrisinya lebih rendah akibat proses pembuatannya juga banyak mengandungi lemak dan gula yang kurang baik untuk tubuh. Pengambilan susu yang dianjurkan adalah 3 porsi setiap hari. Satu jumlah yang dimaksudkan adalah 250 ml susu yang sama dengan 35 gram keju atau 200 gram yoghurt atau 200 gram ais krim. Jadi, tidak ada alasan bagi anda untuk tidak minum susu bukan?


Menarik ni..saja nak kongsi ngan lu orang...
Bagi lu orang suka minum susu skit...
asal nya bahasa indonesia tapi aku da translate da ke bahasa melayu...klau ade yang tertinggal tu maaf la ek...
Kalau sesape nak gigi yang cantik dan tulang yang kuat macam saya, minum la susu setiap hari..hehehehe



::aku adalah aku::

-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Sunday, December 11, 2011

MELAYU



Oleh : Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

p/s : CopyPaste from OTAI

::Aku Adalah Aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Thursday, December 8, 2011

Who's CARE?

fuh!! minggu ni memang terasa amat terok skali...ape pun xbole jadi...terok..loser...semua ade...satu-satu problem datang kat aku...kena lah aku ngadap sorang-sorang...biasa lah kan....lumrah manusia...nak buat macam mane...terima jelah...

Sakit je ati aku ni....yelah camne xsakit ati....keje group buat lah same-same....ni x..perangai sorang-sorang cam 'teetttt' ....pastu mengarah no 1...xpayah nak tunjuk bagus kot....ko duduk n buat keje same-same lagi bagus...xpayah nak panggil member ko yang lagi sorang nak tunjuk bagus sangat tu....klau ye pun group aku mintak tolong kat ko, xyah la ko nak beriya tunjuk yang ko power sangat....ingat aku suke ke...nasib baik member aku panggil mintak tolong ko...klau xjangan harap aku nak panggil...

tau la aku ade buat mistake kat coding tu tapi xyah la ko nak pandang kerek macam aku ni bangang sangat....yang bebudak group aku ni pun boleh tahan cam 'tteeett' gak perangai nyer....dah lah time hari nak tunjuk progress xdatang...pastu sorang pun xbagitau....tanye pun x...memang terbaik la korang ni....agak-agak lah pun klau nak selamatkan diri..tau lah xsiap lagi projek tu...tapi susah senang sesame lah....nasib baik member lagi sorang ni dah ade backup...klau xmemang nganga la aku ngan dia nak jawab kat miss tu....terima kasih sangat-sangat lah kat korang...klau korang memang nak aku ngan dia je yang buat keje tu boleh je...aku boleh usaha setelkan...xde hal la...member-member punya pasal...keje ktorang ni memang tolong siapkan sume keje group pun...thumbs up guys....

xcukup dengan tu, pendrive aku pulak buat hal....bole dia corrupt...dah tu xleh nak format pulak tu...haru betol...naseb baik sikit je file dalam tu...tapi sikit-sikit pun penting gak...dah tu nak buat camne...pakai memory card hp jelah...tu je yang ade...nak beli pendrive baru memang tengah sengkek skang ni....haish....

dah lah camtu, dia pulak bizi....nak spent mase sesame pun dah payah dah skang....terpakse lah tunggu n bersabar....hm....tapi nape aku rase sunyi je.....agak nyer camni kot yang dia rase dulu time aku bizi....aku paham ngan keje dia yang banyak tu...tapi ntah la...salah aku jugak kot.....padan dengan muka aku ni....baru ko tau rase nyer camne...tapi dulu mase aku buat kat dia nape dia mara...tapi skang ni dia plak buat kat aku camtu...arrrggghhhhhh....pening pale aku ni pikir menda alah ni....skang sorang-sorang lah aku....

baru ingat minggu ni nak ajak g kenduri kawin member ofis aku...nak g cari hadiah sesame.....cam terpakse g sorang-sorang je gayanyer ni.....atau xyah g langsung...pas je hadiah kat member2 ofis...haish...bodo la aku ni...makin lama makin bangang...

memang suke cari masalah aku ni....tu pasal member-member suke pandang rendah kat aku....dengan perangai macam ape...dengan segala macam benda....sampai member baik sendri pun boleh pandang rendah kat aku...tapi aku bukan lah nak orang pandang aku hebat...cukup lah sekadar dia yakin dengan aku...n bile aku ade problem ke i need ur support bukan down kan aku...

yup aku tau kita xsame tahap keimanan kat tuhan tapi jangan lah sampai menyinggung perasaan orang lain....aku pun ade perasaan jugak kot....huh...tetibe xde mood pulak nak teruskan....stop kat cni jelah dulu...esok lusa aku continue lagi la...

::aku adalah aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Tuesday, December 6, 2011

Aku, Mereka dan Orang Lain

Assalamualaikum guys....!!!

Korang-korang semua..ape habaq??? sihat ke...of coz la sihat kan....klau xcamne korang boleh on9...betol x??betol x??hehe...

Meh sini...meh sini....aku ade story nak molly ngan lu orang suma ni....hahahaha....hah!!excited la tu kan....hahahahaa....cite ni bese2 je...tapi agak HOT + PANAS gak la...huhu....

Lu orang penah x orang kate muka macam artis ni la artis tu la...mcm someone ni la..someone tu la...ada x?? klau ada kasi angguk lu orang punya kepala...hahahaha...

Aku selalu kena beb...muka aku ni xde la market pun tapi agak bole tahan gak la...hahahaha...bagi sape2 yang rase nak muntah tu sila cepat-cepat g ke toilet ek..kang terkeluar kat depan ni kang xpasal2 jahanam korang punya lappy or pc...bagi yang ade rase sedikit jeles tu sabar jelah ek...korang pun ensem2 gak...jangan risau...hehehehee.....ape ntah yang aku merepek ni....ok..ok...berbalik pada story aku tadi...korang kenal x Adi Putra??? ala pelakon tu la....klau xkenal sila rujuk potret di bawah ini....


hah..ni la dia Adi Putra tu...klau xkenal gak lagi sila tgk drama Tentang Dhia kat TV3..kul 7mlm-8mlm...hehee...aku pun xtau la nape orang kate muka aku same macam dia kan..same tang mane pun aku xpasti...tapi memang ramai la kan yang kate camtu...aku iyer kan jelah...nak buat camne...aku pun minat gak tgk dia berlakon...lagpun bukan bole bagi efek negatif or positif pun kat aku....tapi semesti nyer dia lagi macho dari aku la...hohoho...(mesti ramai yang suke ngan statement ni...:p)

Tapi yang xbest nyer, ade orang yang kate aku pasan muka macam Adi Putra...what the 'teettttt'......lu orang yang sibuk2 kate muka aku macam Adi...pastu nak kate aku plak yang pasan muka macam Adi...yang ni memang aku xleh nak terima la....ade ke patut camtu...you'all rase patut ke hah???
huh...nasib baik lu orang kate xpatut...klau x, ngan lu orang skali aku rembat....hahahahahahaa.....

walaupun macam tu, belum lagi la sampai tahap orang datang nak mintak otograf kat aku kan....hahahaha
klau da sampai tahap tu, memang basah la dorang kena kencing ngan aku....hahahaha....

Yang paling latest skali ni lagi xbole blah...kejadian ni berlaku mase kat kelas XML tadi...Aku ari ni punya la semangat nak datang kelas awal....selalu asik lewat je kan..hehehe...tapi memang awal la aku ari ni kan...masuk masuk kelas je...aku terus usha port mane aku nak duduk...pastu ada satu kerusi kat belakang ni memang cantik la port dia, sesuai untuk aku...hahahaa....aku pun duduk...Then xlame lepas tu lecturer aku pun masuk...pastu dia start la ngajo ktorang...aku kat belakang dah ready dah klau klau dia nak soal aku sebab die ni memang suke panggil name aku...

Skali xde...bagus la camtu...tempat duduk dia memang straight bole nampak port aku...aku rilek jelah..xbuat salah kan..buat ape nak takot...dia pun teruskan ngajo...sampai satu part tu mase dia ngah tunggu member member aku salin slide dia...yang aku ni dah siap dah..snap gambar je pakai kamera hp...cepat skit..hahaha...ok..ok..sambung balik...mase dia ngah tunggu tu...tetiba lecturer aku ni sebut nama aku...nak tau dia cakap camne...

lecturer aku : "Saya tengok muka norraziman ni macam Adi Putra la..."

aku : senyum je buat rilek padahal terkejut..(dalam ati : "sial r...xperlu nak mention satu kelas kot")

member kelas : "Aah puan...Ktorang da pasan lama dah..." (antara suara2 sumbang yang kedengaran)

aku : (dalam ati) "bangsat tol dak2 ni...xyah nak sibuk2 kot.."

lecturer aku : "sekadar salingan je ye norraziman.."

aku : senyum lagi...(dalam ati) "xpe puan..saye dah biasa dah...tapi xperlu kot nak mention sampai satu kelas...baik puan buat announcement kat fakulti ni je terus lagi bagus..."

lu orang ingat aku xsegan ke bila orang tegur aku camtu...segan wey...walaupun kekadang ade sikit rase bangga dalam diri kan...hahahahaha....tapi lebih banyak malu + segan tau daripada nak bangga kan...

hahahaha..tapi pape pun aku berjaya cover muka aku...buat rilek je...macam xde pape berlaku...hahaha...kira macam dah biase lalui situasi camtu la kan...hahahahahaha...poyo kejap je...

klau korang pun mesti nak bangga kejap kan....hahahaha....tapi pape pun semua tu kurniaan DIA....semua tu kepunyaan DIA...kita ni hanya meminjam saja...xde satu pun yang kita punya...klau nak berbangga pun berbangga lah dengan ciptaanNYA bukan berbangga dengan diri sendiri...

Aku....

Xkesah pun orang nak kate camne, yang penting aku sayang dengan diri aku dan segala yang DIA dah kurniakan kat aku....

And pada kengkawan aku yang lain, mekaseh lah sebab puji2 aku....sesungguhnya korang telah memuji ciptaanNYA....

Buruk dan Cantik seseorang itu terletak pada Hati dan Tingkahlaku nya...
Don't Judge A Book By It's Cover.
Read it first then you can summarize their story...

Pape pun kita semua adalah yang terbaik di antara ciptaanNYA....

hahaha...ok lah..dah banyak sangat aku mengarut ni...lu orang pun melayan je kan....ntah paham ke xntah..hehehe.....
next time aku continue lagi ek....aku nak g buat keje lain plak....huhu
Assalamualaikum....


::Aku adalah Aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Tuesday, November 29, 2011

Di Kala Seketika.....

Seperti biasa, jari jemari aku kembali menari-nari di atas papan kekunci ini menaip sesuatu yang terdetik di hati....
Di kala ini, ramai yang suka menaip status di FB sebagai menyampaikan apa yang dirasai atau berkongsi maklumat....
Aku suka benar membaca status-status yang tertera di halaman rakan-rakan ku...bermacam-macam ragam yang ada...dan kekadang ada saja yang suka menyampaikan mengenai Islam di dalam nya...sangat bagus...tapi kekadang bila terlampau banyak sangat yang disampaikan menjadi menyampah pula rasanya nak dibaca...mungkin ini sekadar pandangan dalam diri aku saja...orang lain terpulanglah...masing-masing ada hak individu untuk menilai...aku tak kata ianya salah atau nak provok seseorang tapi perlu ke sampai apa yang kita doa pun perlu di nyatakan di status??? tak ke dah macam menunjuk-nunjuk atau riak??? hm....maaf andai terkasar bahasa...seperti yang aku nyatakan tadi..ini mungkin hanya pendapat or pandangan aku saja...


Ada pula kadang kala yang post ingin mencari pasangan yang begini-begini....yang segalanya SEMPURNA or what's they called "PERFECT"....baik lelaki atau wanita....itu yang membuatkan kadang kala diri yang serba kekurangan ini seperti terpanggil untuk menyuarakan pendapat or pandangan...yup...kita berhak membuat pilihan yang terbaik dalam memilih jodoh...tapi adakah kita telah menilai diri kita sehabisnya sebelum kita membuat pilihan??? sekiranya semua orang ingin memilih yang sempurna, bagaimana dengan yang kurang sempurna...tidakkah mereka berasa tersisih??? Betul...kenalah berubah...tapi perubahan bukanlah boleh dicapai dalam masa sehari dua....kadang kala ianya memakan masa bertahun-tahun....serta perlukan dorongan yang kuat dari apa saja ataupun seseorang untuk membantu dirinya melalui proses perubahan.....

Kenapa mereka-mereka yang telah merasa diri mereka "sempurna" tidak membantu dan membimbing orang-orang yang kurang sempurna ini untuk berubah menjadi sempurna??

Maka terdengarlah kata-kata seperti "Ala,dorang bukan nyer nak dengar nasihat kita..", "Aku pun tak betul, macamana nak betulkan orang...", "Malas lah..Dorang ni berubah sehari dua je...esok lusa buat balik..", "Daripada nasihat dorang, baik nasihat lembu kat kandang tu..buang masa je..." dan bermacam-macam lagi...

Patut ke macam tu??? Sekiranya kena dengan caranya, pasti mudah orang-orang yang kurang sempurna ini untuk berubah...tapi kalau orang disekeliling pun tak nak ambil peduli, macamana mereka nak berubah....

Back to our topic, sekiranya mereka menyayangi kamu, serta dibantu dengan dorongan kamu sebagai tanda kamu menyayanginya, insyaAllah mereka akan berubah juga sebagai membalas tanda kasih sayang kamu yang tidak berbelah bahagi dan senggup bersabar dengannya...Yakinlah, sabar dan percayalah pada diri mereka selagi ada rasa sayang dalam diri kamu...

Janganlah kita sentiasa mencari kesempurnaan dalam kehidupan ini kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini...tetapi sentiasalah cuba untuk berubah dan saling lengkap-melengkapi sesama ciptaanNYA....disitulah kita akan berjumpa kesempurnaan yang hakiki - ALLAH S.W.T...
insyaAllah....sentiasalah berdoa padaNYA... ^^

p/s:sekadar peringatan buat teman-teman dan juga diri sendiri...Salam Maal Hijrah 1433H..

:: Aku adalah Aku ::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Thursday, November 3, 2011

Nukilan Hati.....

Assalamualaikum w.b.t.....

Orang selalu kata kalau aku senyum mesti nampak gigi...dah macam buat iklan ubat gigi la pulak kan....tapi adakah setiap senyuman dan setiap kegembiraan yang terpancar kat raut muka aku ini mencerminkan keseluruhan apa yang aku rasa???

Agaknya orang tahu ke kalau aku tengah bersedih??? tengah gelisah??? tengah ada masalah??? atau aku memang betol2 tengah gembira??? persoalan di situ.....

mungkin kadang2 aku senang nak berkongsi cerita dengan orang tetapi ada jugak yang kadang2 aku terlalu susah untuk berkongsi sumthing dengan orang lain....

ari ini aku masih di sini...di bilik yang penuh dengan komputer2 di sekelilingnya....dan seperti biasa duduk keseorangan....sebenarnya nak buat assignment tapi program tu tak leh baca plak kat pc ni...tension tol...nyesal plak aku xbuat kat rumah tadi...hiash...

hm...kuat betol dugaan aku lalui ini....terasa seperti sejarah bakal berulang but i trust u and aku yakin yang DIA sentiasa ada bersama....sekiranya sudah memang tertulis di dalam PERJALANAN HIDUP AKU, aku terimalah ia dengan redha...sebab semua itu di luar kemampuan aku tapi aku akan tetap pertahankan ia selagi diberi peluang oleh NYA...

Sekuat-kuat manusia pasti ada kelemahannya....tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang berSABAR....dan setiap kesabaran itu pasti ada hikmah disebalik nya.....mungkin ini hanya dugaan untuk menguji keyakinan kita pada NYA dan dengan kesabaran yang lahir dari jiwa mungkin akan memberi satu kemanisan dalam perhubungan ini...WHO KNOW....but ALLAH S.W.T always know....insyaallah....

DIA lebih mengerti apa yang ada dalam hati ini...DIA lebih mengerti kejujuran dan keikhlasan hati ini....dan DIA tahu segalanya....Hanya pada NYA aku berserah.....setelah segalanya telah aku usahakan dan pertahankan....





Hanya DIA lebih mengerti maksud yang tersirat di hati ini....

::Aku adalah aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Tuesday, October 25, 2011

Masih Seperti Dulu....KAWAN

Di sebuah bilik kecil berwarna hijau yang dipenuhi dengan beberapa buah desktop pc, aku duduk berseorangan sambil jari-jemari aku menari-nari di permukaan keyboard menaip sesuatu...Duduk dalam suasana yang agak sejuk di luar dan di dalam bilik membuatkan aku agak menggigil...di hadapan aku terpapar laman web facebook yang aku sendiri pun tak pasti nak lihat apa lagi di dalam nya...telah berkali-kali aku view semua status yang tertera di situ tapi hanya beberapa saja yang menarik perhatian aku utk dibaca...

Di zaman sekarang...kita mudah nak meluahkan apa yang kita rasa...banyak cara yang kita boleh gunakan..ada yang meluahkan di FB..ada yang meluahkan pada buku..ada yang meluahkan pada blog seperti yang aku sedang lakukan ini..dan ada juga yang meluahkan apa yang kita rasa pada kawan/rakan/sahabat/keluarga/si dia...as long as kita selesa dgn dia n dia selesa dgn kita, kita luahkan segalanya pada mereka...

tapi itu lah..kadang-kadang, ada yang suka dengan cara kita...kadang-kadang ada yang bermuka-muka...kadang-kadang ada yang terpaksa...bagi aku itu semua memanglah hak individu tetapi sekiranya xsudi, berkatalah secara jujur....kononnya ingin menjaga hati kawan...tetapi sebenarnya xlah jaga sangat pun hati kawan tu...

itulah hakikat seorang manusia...terlalu ramai sangat yang suka bermuka-muka...kadang-kadang kita rasa dialah orang yang boleh dipercayai...dialah sahabat yang sentiasa memahami tapi rupanya bukan...manusia tu kan memang xsempurna, apa salah sekiranya kita saling bantu membantu n nasihat menasihati sesama sendiri...kalau rasa kawan kita xbetul tingkah lakunya tegurlah dia dan sebaliknya...dia nak terima atau tidak terpulang pada dia yang penting kita dah laksanakan apa yang patut...

kenapa seorang sahabat yang telah lama dikenali kadang kala sanggup mengkhianati kita, sanggup memperkecilkan kita atau sanggup mempergunakan kita??? adakah dia telah cukup sempurna sehingga kita dipandang hina di matanya??? adakah kerana ketika ini dia sedang gembira sedangkan kita sedang berduka??? terlalu banyak perkara yang sentiasa bermain di fikiran sehinggakan kadang-kadang xsanggup utk aku fikirkan....


alhamdu lillah...di saat ini aku sangat bersyukur dikurniakan rakan-rakan n sahabat yang sentiasa memahami dan bersama aku di kala aku susah dan senang....xkira apa jua keadaan yang sedang aku hadapi, ada saja yang sudi bersama aku dan menghulurkan bantuan, nasihat dan semangat...yang sudi menerima aku seadanya tanpa membezakan-bezakan diri setiap insan....bagi aku setiap yang mengenali aku adalah sahabat aku....xkiralah dia anggap aku sebagai apa sekalipun...aku doakan semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat insyaallah....

aku memohon ampun da maaf kerana telah banyak menyusahkan korang semua selama ini...dan terima kasih yang xterhingga pada semua kerana sudi melayan aku dengan baik selama ini walaupun kadang-kadang mendapat layanan yang kasar dari aku....

aku masih seperti dulu...
serupa tetapi mungkin tidak sama....

sekian.............................

:: aku adalah aku ::

-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Wednesday, October 19, 2011

Alhamdu lillah....Jiwa aku semakin tenang setelah bertemu dengan-NYA...

DIA maha berkuasa...maha mengetahui segalanya...maha pengasih lagi penyayang....mungkin inilah hikmah nya disebalik apa yang telah berlaku....ENGKAU bukakan pintu hati ku...ENGKAU berikan aku jalan ke arah kebaikan melalui dugaan ini...Sesungguhnya engkau lebih mengerti segala apa yang terjadi...Mungkin inilah masanya....Orang kata : "PELUANG hanya datang SEKALI..." jadi akan aku rebut peluang ini....


Alhamdu lillah...jiwa aku semakin tenang...aku menjadi lebih bersabar dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan...Alhamdu lillah...ENGKAU masih memberi ku peluang untuk aku sentiasa bersama nya....akan ku hargai peluang yang diberikan ini dan akan ku guna sebaik2nya......


Syukur Alhamdu lillah......


::aku adalah aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Tuesday, October 18, 2011

SEMALAM & HARI INI TAPI BELUM TAHU ESOK BAGAIMANA....

"For you see, each day I love you more. Today more than yesterday and less than tomorrow."
-Rosemonde Gerard-





::aku  adalah aku::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

Monday, October 17, 2011

KEMBALI B'blogging....

Salam everyone....
setelah hampir setahun x'update' blog ni, akhir nya jari aku kembali menari-nari di keyboard ni menaip segala yang sedang bermain-main di fikiran aku sekarang ni....huh..hampir setahun...mesti banyak benda nak aku 'share' kat sini...tp rasanya xkot...malas pulak aku nak ingat kembali kenangan-kenangan lepas yang da lama berlalu pergi....'maybe' yang indah-indah je kot yang aku nak 'share' kat sini...yang xberapa nak indah tu biarlah aku sorang je yang simpan....

sepanjang 2011 ni...banyak benda yang aku belajar...pengalaman-pengalaman yang sgt bermakna dalam hidup aku.....dari yang pahit hinggalah yang indah....kat situlah aku belajar cara berkawan, cara memahami orang, cara memperbetulkan diri sendiri....kekadang ramai orang yang xsedar siapa disekeliling mereka....mereka xkenal siapa yang boleh dipercayai dan siapa yang sekadar berselindung disebalik topeng diri....

hari ini aku masih lagi teguh berdiri disini menghadapi dugaan-dugaan yang sering kali datang tanpa henti....sentiasa cuba muhasabah diri dan yakin pada NYA yang sentiasa mengetahui apa yang berlaku....xsemua orang dapat rasa apa yang kita rasa...DIA akan uji ikut kemampuan kita....sekiranya dugaan yang mendatang itu sangat kuat, bermakna orang yang terima itu adalah orang yang kuat...adakah aku pun tergolong dikalangan yang KUAT???? wallahualam...hanya DIA yang maha mengetahui.....

memang aku selalu melanggar apa yang disuruh dan lakukan apa yang larang tapi tidak bermakna aku menidakkan DIA yang SATU....ibadah aku kepadanya biarlah hanya aku dan DIA sahaja yang mengetahui....insyaallah satu hari nanti aku pasti akan berubah...berubah menjadi yang lebih baik daripada yang sekarang...cuma masa yang akan tentukan....

Kelmarin satu lagi sejarah tercipta dalam hidup aku....SABTU,15 OKTOBER 2011........setelah berbulan-bulan bertungkus-lumus berusaha akhirnya kami berjaya menganjurkan Majlis Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Ustaz Hanafi 2011.....alhamdu lillah.....walaupun pada awalnya banyak rintangan yang dilalui, namun apabila tiba hari kejadian DIA permudahkan dalam pelbagai bentuk bantuan....sehinggakan majlis tersebut berlangsung dengan gilang gemilangnya...dan sudah semestinya orang yang paling gembira adalah AKU....

apabila kita perlu melalui pelbagai rintangan untuk mendapatkan sesuatu, sekiranya berjaya ianya merupakan suatu nikmat yang xterucap oleh kata-kata....memang aku sangat berterima kasih pada semua yang banyak membantu dalam menjayakan majlis itu....Pada Abg Zul, Tuan Mizi, Abg Frankie, Abg Amin, Pak Zam, Abg Azhar, rakan-rakan UiTM 'n' semua yang terlibat terima kasih sangat-sangat...xtau nak ucap macam mana...dan yang paling istimewa terima kasih yang xterhingga pada YM Syeikh Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi atas dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan...'i'm very speechless'......serta xlupa pada yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa memahami diri ini yang selalu 'busy'....I LOVE YOU......:D

semalam...aku buat hal lagi...'maybe' sebab apa yang berlaku kot...aku jadi xtentu arah...xfokus....xtenang....'but...i'm so sorry'....xpela aku xharap pun semua orang memahami diri aku....sebab aku pun belum pasti lagi dapat memahami diri semua orang....aku xsalahkan sesiapa.....memang aku mengaku tu semua salah aku......'it's ok...maybe' aku patut bersendiri....mungkin dengan cara sebegitu dapat meredakan keadaan dan sekiranya aku perlu sebegitu selamanya, aku akan lakukan....dan mungkin juga dengan cara macam tu hidup aku akan lebih bermakna dan aku akan lebih dihargai......'MAYBE'...hmmm....

rasanya cukuplah buat masa sekarang ni....nanti ada masa aku 'story molly' lagi ek...
jap lagi ada kelas ni...hehehehe....
'next time we'll meet again ok'...
apaapapun....chow sincheee.....
Smile always....
::aku adalah aku::



-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-