Pages

Thursday, December 15, 2011

Gigi + Tulang = Sihat ----->Susu

Salam...hah. hari ni aku nak kongsi skit maklumat pasal sus ngan lu orang....baca jangan xbaca pulak ek...huhu


Dalam menu sihat dikenal istilah "empat sihat lima sempurna". Penyempurna ini adalah susu. Istilah ini tidak berlebihan kerana minuman putih bersih ini mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap berbanding minuman lain sehingga susu mempunyai banyak khasiat yang sangat bermanfaat bagi tubuh.

Susu biasanya dikenali sebagai minuman penguat tulang dan gigi kerana kandungan kalsium yang dimilikinya. Tetapi, sebenarnya ada banyak kandungan nutrisi yang ada, misalnya fosfor, zinc, vitamin A, vitamin D, vitamin B12, vitamin B2, asid amino dan asid pantotenat. Tentu kandungan nutrisi ini bermanfaat untuk menguatkan kesihatan tubuh anda.
Manfaat Susu

Kerana memiliki kandungan nutrisi tersebut, maka susu memiliki manfaat yang tidak sedikit, di antaranya:

  • Mencegah osteoporosis dan menjaga tulang tetap kuat. Bagi anak-anak, susu berfungsi untuk pertumbuhan tulang yang membuat anak menjadi bertambah tinggi. 
  • Menurunkan tekanan darah. 
  • Mencegah kerosakan gigi dan menjaga kesihatan mulut. Susu mampu mengurangkan keasidan mulut, merangsang air liur, mengurangkan plak dan mencegah gigi berlubang. 
  • Menetralisir racun seperti logam atau timah yang mungkin terkandung dalam makanan. 
  • Mencegah terjadinya kanser kolon atau kanser usus. 
  • Mencegah diabetes jenis 2. 
  • Mempercantik kulit, membuatnya lebih bersinar. 
  • Membantu agar lebih cepat tidur. Hal ini kerana kandungan susu akan merangsang hormon melatonin yang akan membuat tubuh mengantuk. 

Jenis Susu

Jenis-jenis susu yang terdapat di pasaran juga bermacam-macam. Ada istilah-istilah yang dikatakan sebagai zat yang terkandung dalam susu yang mungkin belum anda ketahui. Beberapa istilah tersebut iaitu:

  • Full cream Mengandung 4% lemak dan umumnya banyak mengandung vitamin A dan vitamin D. 
  • Low fat Susu rendah lemak, kerana kandungan lemaknya hanya setengah dari susu full cream. 
  • Skim Susu yang kandungan lemaknya lebih sedikit lagi, kurang dari 1%. 
  • Susu evaporasi Iaitu susu yang telah diupkan sebahagian airnya sehingga menjadi kental. Mirip dengan susu kental manis, tetapi susu jenis ini rasanya tawar. 
  • Susu pasteur Susu yang melalui proses pasteurisais (dipanaskan) 65 ° hingga 80 ° C selama 15 saat untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit. 
  • Flavoured Sebenarnya susu full cream atau low fat yang ditambah rasa tertentu untuk variasi. Contohnya susu coklat, strawberry, pisang, dan rasa lain. Umumnya mempunyai kandungan gula yang lebih banyak kerana penambahan rasa ini. 
  • Calcium enriched Susu yang ditambah dengan kandungan kalsium dan kandungan lemaknya telah dikurangi. 
  • UHT Merupakan singkatan dari Ultra-High Temperature-Treated. Susu jenis ini adalah susu yang dipanaskan dalam suhu yang tinggi (140 ° C) selama 2 saat yang kemudian terus dimasukkan ke dalam karton kedap udara. Susu ini boleh disimpan untuk masa yang lama. 
  • CLA Susu ini bermanfaat bagi orang yang ingin merampingkan tubuh. Kepanjangan dari CLA adalah Conjugated Linoleic Acid yang akan membantu dalam pembentukan otot dan mempercepatkan pembakaran lemak. 

Mengapa Minum Susu?

Walaupun mempunyai banyak manfaat, tetapi banyak orang yang enggan minum susu. Salah satu alasan yang sering dikemukan adalah mahalnya harga susu.Untuk harga susu, sebenarnya ada banyak susu yang harganya telah disesuaikan.Dan mengingat banyak nutrisi yang dikandungnya, maka yang diperlukan adalah menanamkan kesedaran akan manfaat susu agar masyarakat dapat mengambil dan tidak menganggapnya sebagai barang mahal.
Alasan lain adalah tidak suka minum susu kerana membuat mual atau sakit perut sehabis minum susu. Apabila anda merasa sakit perut selepas minum susu, bererti anda menderita intoleransi laktosa. Penyebabnya kerana kurangnya pengeluaran laktase dalam tubuh. Laktase adalah enzim yang dihasilkan usus kecil yang berfungsi memecah laktosa yang terkandung dalam susu agar dapat diserap oleh badan. Tetapi bagi pesakit intoleransi laktosa, proses pemecahan laktosa tidak berlangsung sempurna sehingga laktosa yang tidak tercena akan masuk dalam usus besar dan dicerna oleh bakteria yang ada di dalamnya sehingga menyebabkan perut kembung, mengandungi banyak gas, dan diare.
Sebagai penyelesaian dari perasaan mual atau sakit perut, anda boleh menukar susu dengan produk olahan susu seperti keju, yoghurt, ais krim, susu evaporasi atau susu soya yang tidak mengandungi laktosa. Beberapa pengeluar susu juga telah membuat susu tanpa laktosa yang dapat diambil oleh pendeita "intoleransi laktosa".
Apabila anda hendak mengambil susu, sebaiknya anda tidak menggunakan susu pekat manis kerana susu jenis ini kandungan nutrisinya lebih rendah akibat proses pembuatannya juga banyak mengandungi lemak dan gula yang kurang baik untuk tubuh. Pengambilan susu yang dianjurkan adalah 3 porsi setiap hari. Satu jumlah yang dimaksudkan adalah 250 ml susu yang sama dengan 35 gram keju atau 200 gram yoghurt atau 200 gram ais krim. Jadi, tidak ada alasan bagi anda untuk tidak minum susu bukan?


Menarik ni..saja nak kongsi ngan lu orang...
Bagi lu orang suka minum susu skit...
asal nya bahasa indonesia tapi aku da translate da ke bahasa melayu...klau ade yang tertinggal tu maaf la ek...
Kalau sesape nak gigi yang cantik dan tulang yang kuat macam saya, minum la susu setiap hari..hehehehe



::aku adalah aku::

-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-

No comments:

Post a Comment