Seperti biasa, jari jemari aku kembali menari-nari di atas papan kekunci ini menaip sesuatu yang terdetik di hati....Di kala ini, ramai yang suka menaip status di FB sebagai menyampaikan apa yang dirasai atau berkongsi maklumat....
Aku suka benar membaca status-status yang tertera di halaman rakan-rakan ku...bermacam-macam ragam yang ada...dan kekadang ada saja yang suka menyampaikan mengenai Islam di dalam nya...sangat bagus...tapi kekadang bila terlampau banyak sangat yang disampaikan menjadi menyampah pula rasanya nak dibaca...mungkin ini sekadar pandangan dalam diri aku saja...orang lain terpulanglah...masing-masing ada hak individu untuk menilai...aku tak kata ianya salah atau nak provok seseorang tapi perlu ke sampai apa yang kita doa pun perlu di nyatakan di status??? tak ke dah macam menunjuk-nunjuk atau riak??? hm....maaf andai terkasar bahasa...seperti yang aku nyatakan tadi..ini mungkin hanya pendapat or pandangan aku saja...
Ada pula kadang kala yang post ingin mencari pasangan yang begini-begini....yang segalanya SEMPURNA or what's they called "PERFECT"....baik lelaki atau wanita....itu yang membuatkan kadang kala diri yang serba kekurangan ini seperti terpanggil untuk menyuarakan pendapat or pandangan...yup...kita berhak membuat pilihan yang terbaik dalam memilih jodoh...tapi adakah kita telah menilai diri kita sehabisnya sebelum kita membuat pilihan??? sekiranya semua orang ingin memilih yang sempurna, bagaimana dengan yang kurang sempurna...tidakkah mereka berasa tersisih??? Betul...kenalah berubah...tapi perubahan bukanlah boleh dicapai dalam masa sehari dua....kadang kala ianya memakan masa bertahun-tahun....serta perlukan dorongan yang kuat dari apa saja ataupun seseorang untuk membantu dirinya melalui proses perubahan.....
Kenapa mereka-mereka yang telah merasa diri mereka "sempurna" tidak membantu dan membimbing orang-orang yang kurang sempurna ini untuk berubah menjadi sempurna??
Maka terdengarlah kata-kata seperti "Ala,dorang bukan nyer nak dengar nasihat kita..", "Aku pun tak betul, macamana nak betulkan orang...", "Malas lah..Dorang ni berubah sehari dua je...esok lusa buat balik..", "Daripada nasihat dorang, baik nasihat lembu kat kandang tu..buang masa je..." dan bermacam-macam lagi...
Patut ke macam tu??? Sekiranya kena dengan caranya, pasti mudah orang-orang yang kurang sempurna ini untuk berubah...tapi kalau orang disekeliling pun tak nak ambil peduli, macamana mereka nak berubah....
Back to our topic, sekiranya mereka menyayangi kamu, serta dibantu dengan dorongan kamu sebagai tanda kamu menyayanginya, insyaAllah mereka akan berubah juga sebagai membalas tanda kasih sayang kamu yang tidak berbelah bahagi dan senggup bersabar dengannya...Yakinlah, sabar dan percayalah pada diri mereka selagi ada rasa sayang dalam diri kamu...
Janganlah kita sentiasa mencari kesempurnaan dalam kehidupan ini kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini...tetapi sentiasalah cuba untuk berubah dan saling lengkap-melengkapi sesama ciptaanNYA....disitulah kita akan berjumpa kesempurnaan yang hakiki - ALLAH S.W.T...
insyaAllah....sentiasalah berdoa padaNYA... ^^
p/s:sekadar peringatan buat teman-teman dan juga diri sendiri...Salam Maal Hijrah 1433H..
:: Aku adalah Aku ::
-BUDAK S.E.N.G.A.L 2011-
No comments:
Post a Comment